Ahad, 12 Ogos 2012

BISKUT GAJUS


Salam bahagia di angin lalu....
Jarang-jarang saya dapat menulis di sini sekarang. Banyak perkara yang perlu di bereskan menjelang hari raya minggu depan.Persiapan anak-anak semuanya sudah selesai.Mungkin 3 hari terakhir Ramadhan nanti menjadi hari yang paling sibuk buat saya.Menu berbuka pun macam biasa,masak yang ringkas sahaja.Hari ini saya tidak bekerja jadi dapatlah masak Nasi ayam yang menjadi makanan kegemaran budak bertiga tu.Pada sebelah paginya saya menyiapkan sejenis biskut lagi iaitu Biskut gajus .

BISKUT GAJUS
By :Kak Fida
Rujukan :
www.azlitamasammanis.com/

Bahan-bahan

  • 225 gm mentega - dilembutkan
  • 140 gm gula aising- ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 140 gm gajus -panggang dan kisar halus
  • 380 gm tepung gandum -ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk emplex atau lacinta -jika tiada tak mengapa
  • 1 sk serbuk vanilli/esen vanilla
  • secukup kuning telur - utk sapu
  • secukup kacang gajus panggang - belah dua utk hiasan
Cara membuatnya
  • Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.
  • Masukkan pula vanilli, emplex, baking powder, gajus kisar dan kacau sebati lagi.
  • Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn satu biji kacang gajus sebagai tangkainya.
  • Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
  • Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yang di gemari, sapu kuning telur dan hias dgn kacang gajus.
  • Bakar pada suhu 150'C selama 15 min. atau hingga kekuningan.
  • Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan