Sabtu, 11 Ogos 2012

SWEET CREAM HONEY DEW

Salam bahagia buat semua... 
Satu lagi dessert yang menyegarkan mata dan menyejukkan lidah di hari yang panas di dalam bulan puasa ini.Dessert ini juga dari buah Honey dew.Resipinya sangat ringkas dan mudah untuk di buat.Kanak-kanak riang 3 orang tu bukannya suka makan buah.Lama-lama kita juga yang kena habiskan.Tak pe la!.(meminjam kata-kata Joanna).

SWEET CREAM HONEY DEW
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan(2 orang)
  • 1/4 biji buah honey dew-potong segi tiga kecil
  • 1 keping gula melaka-racik halus
  • krim putar secukupnya
  • 1 cawan susu sejat/susu segar
Cara membuatnya
  • Masukkan buah honey dew yang telah di potong tadi kedalam bekas dessert .
  • Campurkan gula melaka dan susu sejat.Gaul sebati hingga gula melaka hancur.
  • Curahkan di atas buah honey dew dan sejukkan di dalam peti ais.Paipkan krim putar di atasnya.
  • Gaulkan krim putar dengan buah sebelum di makan.
  • Makanlah sejuk-sejuk dengan hati yang tenang!. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan