Khamis, 30 Ogos 2012

UDANG MASAM MANIS UMMI


Salam bahagia buat semua...
Ada 10 ekor udang sederhana yang masih bertapa dalam peti sejuk.Sekali masak 3-4 ekor,hai bila la nak habis!.Resepi udang ini selalu juga saya masak tetapi kali ini saya cuba resepi dari blog Kak Ummi.Terimakasih ya,izinkan saya kongsi di sini pula.

UDANG MASAM MANIS UMMI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo udang sederhana besar (bersihkan)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1/4 cawan air
  • 1 batang lobak merah - potong nipis/ikut suka
  • sedikit kacang pea   
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Kasar
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak sikit.
  • Masukkan semua jenis sos dan cuka makan serta air. Biar mendidih sekejap.
  • Masukkan udang dan kacau balik rata sebentar.
  • Masukkan lobak merah, kacang pea/nenas kiub dan bawang besar. Gaul sebati.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masak hingga semua elok masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
Nota
  • saya telah menggantikan kacang pea dengan nenas kiub
  • bawang besar pula di potong kiub kecil 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan