Isnin, 10 September 2012

IKAN BAKAR PORTUGIS

Salam bahagia buat semua...
Ikan Bakar Portugis yang sedap !cubalah buat, rasanya pasti tidak mengecewakan.Wah! bunyi macam ayat iklan promosi sahaja..
Sudah hampir seminggu saya tidak menulis di ruangan ini kerana menghadiri seminar di Hilton Kuala Lumpur pada 7 sept-9 sept.2012.Entri dan kenangan sepanjang 4 hari 3 malam di Kuala Lumpur saya akan letakkan kemudian nanti.
Jom kita tengok resipi Ikan bakar portugis pula,

IKAN BAKAR PORTUGIS
Sumber:My resepi

Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan kembung
  • 3 helai daun limau purut,hiris halus-halus
  • 3 sudu besar sos cili thai
  • 3 sudu besar minyak
  • garam/gula secukup rasa
  • daun pisang dan aluminium foil


Bahan kisar(dengan 100 ml air)
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 2 cm.lengkuas
  • 1 cm.kunyit
  • 2 biji cili merah di buang biji
  • 2 -3 biji cili padi
  • 3 sudu besar pes cili
  • 1 cm.belacan- bakar
  • jus limau nipis
Cara membuatnya
  • Lumur ikan dengan garam.Biar selama 20 minit.
  • Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
  • Masukkan sos cili thai.Kacau rata.
  • Bila kuah bertambah pekat,tambahkan garam dan gula,angkat.
  • Letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil.
  • Sudukan sedikit kuah tadi.Letak seekor ikan.Bubuh lagi kuah ke atasnya dan taburkan daun limau purut .Bungkus kemas-kemas.
  • Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200'C selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Boleh juga di pangang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper.
**saya memanggangnya di atas dapur arang.
                                                                             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan