style="text-align: center"

Jumaat, 21 September 2012

RENDANG UDANG GORENG

Salam bahagia buat semua yang sudi singgah di ruangan dapur maya saya ini...
Segala-gala yang ada disini adalah seperti sebuah catatan hati yang tak pernah habis,hari-hari ada sahaja perkara yang hendak di tulis.Tetapi apakan daya masa telah membataskan segala-galanya.
Lama sudah saya tak masuk ke dapur.Sehingga ke hari ini dah menghampiri sebulan saya tidak memasak hidangan ataupun membuat kek atau kuih-kuih lain.Selalu saja ada jemputan jamuan makan bulan syawal samada di kampung atau di tempat kerja.Entri hari ini adalah resepi udang yang telah lama tersimpan dalam draf.

Rendang Udang Goreng 
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 12 ekor udang sederhana 
  • sedikit serbuk kunyit
  • tepung goreng serbaguna secukupnya
  • 200 ml santan 
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1-2 sudu makan cili giling (boleh juga guna cili padi)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka/gula pasir secukupnya
Bahan-bahan dikisar bersama
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara membuatnya
  • Udang dibersihkan. Kemudian gaul-gaulkan bersama kunyit,  tepung goreng serbaguna dan sedikit air. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gorenglah udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
  • Kemudian tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis lagi sampai pecah minyak. 
  • Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau sebati. 
  • Apabila kuahnya kelihatan hampir kering, bolehlah ditutupkan api.
  • Kemudian tuangkan kuahnya ke atas udang goreng tadi. Boleh juga digaul-gaulkan bersama. 
  • Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak atau apa-apa sahaja jenis nasi. Sangat sedap!
Nota:*saya tidak menggunakan tepung untuk menggoreng udang ini.
*udang pula di belah belakangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan