style="text-align: center"

Khamis, 25 Oktober 2012

KEK GULUNG KASIH

Salam bahagia buat semua yang mengunjungi dapur maya saya ini...
Hari ini saya entrikan satu lagi resepi kek yang selalu di buat di rumah ini tapi sentiasa saja tak sempat sampai tengahari ia sudah habis.Selalunya saya buat satu adunan sahaja cukup untuk sekali makan.Kek ini memang gebu dan ia tidaklah manis sangat.Saya meletakkan topping buttercream dan strawberi filling di tengahnya.Digulung semasa masih panas sedikit membuatkan buttercream sedikit mencair,tu yang nampak bersepah...hee..hee.
KEK GULUNG KASIH
Sumber:Dayang Jack-dapurku sayang.blogspot

Bahan-bahan
  • 70 gm tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 gm gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara membuatnya
  • Panaskan oven 170-180C. Sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  • Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  • Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau spatula plastik.
  • Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  • Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian,tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.(seperti gambar.
  • Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  • Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  • Gulung kek dengan kemas. 
  • Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 


Tip menggulung kek berdasarkan pengalaman DJ
tq untuk dayang,izinkan saya kongsikan di sini juga untuk rujukan pada masa depan. 
  • Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
  • Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
  • Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
  • Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
  • Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking. 
  • Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
  • Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
  • Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
  • Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan