Jumaat, 26 Oktober 2012

KERABU LOBAK HIJAU


Salam bahagia buat semua...
Sayur lobak hijau juga di kenali sebagai sawi boleh di masak dengan pelbagai cara.Kali ini saya buat kerabu pula dan ia sangat sedap di makan dengan ikan masin  atau ikan rebus yang di goreng bersama nasi putih dan sambal belacan.Resepi kerabu lobak ini selalu di buat oleh arwah ibu dahulu.Tinggal kat kampung  sayur murah sungguh.Beli dengan mak cik yang menanam sayur,baru Rm 2 dah dapat beberapa ikat lobak hijau yang segar dari kebun!untuk cepat di habiskan saya buat Kerabu lobak ini.Cubalah buat,rasanya sungguh sedap.

KERABU LOBAK HIJAU
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 ikat lobak hijau
  • 2 ekor ikan kembung/selayang-di rebus
  • 5 biji cili padi-2 di potong kecil
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu teh biji lada hitam
  • garam/gula secukup rasa
  • sedikit air perahan limau nipis
  • 1 kotak kecil santan
Cara membuatnya 
  • Bersihkan lobak dengan cara merendamnya ke dalam air sekejap dan bilas dengan di alirkan di bawah air paip.Potong pendek dan celur dalam air mendidih sekejap dan toskan.
  • Tumbuk bawang merah dengan 3 biji cili api dan sedikit gula serta biji lada hitam.Bila bawang hancur,masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
  • Masukkan lobak celur tadi ke dalam mangkuk dan masukkan bahan tumbuk serta  santan.
  • Gaul rata dan sebati.Sesuaikan rasa masin dan manisnya secukup rasa.Perahkan sedikit air limau nipis dan taburkan cili api yang di potong kecil  dan gaul rata .
  •  Bolehlah di hidangkan untuk makan tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan