Rabu, 17 Oktober 2012

MINI SAMOSA


Salam bahagia buat semua..(1 Zulhijjah 1433H)

Saya baru saja habis menonton siri Master Chef Malaysia musim kedua.Malam penyingkiran yang bertemakan pai berciri rasa Malaysia.Giliran Ilaika pula yang terkeluar.Melihat semua orang mengalir air mata,saya pun tumpang sekaki!.dah makcik ni jiwang sangat nak buat macam mana.Mungkin juga terbawa-bawa dengan peristiwa siang tadi membuat hati saya sedikit tersentuh.Mungkin orang ingat saya ni naif sangat tapi mereka sebenarnya silap!..he..he,ni entri masakan la makcik oii..bukannya entri mencurah perasaaaaannnn...
Jom tengok gambar dan resepinya sekali.Samosa adalah sejenis kuih savouri.

MINI SAMOSA
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 biji kentang besar
  • 250 gm daging cincang
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih-cincang halus
  • 3 tangkai daun ketumbar-hiris halus
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji lada merah-potong nipis
  • 1 sudu besar kicap manis
  • kulit popia secukupnya(saiz 4x4) 
  • 1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air sebagai bahan pelekat
  • sedikit garam- jika perlu
Sediakan inti samosa            
  • Kentang di bersihkan dan potong dadu kecil.Masukkan ke dalam air mendidih dan rebus sebentar sahaja.Angkat dan toskan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dadu serta bawang putih cincang sehingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering kisar dan bila cili masak ,masukkan serbuk kari.Tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan sos cili , masukkan daging cincang dan masak hingga daging empuk.Tambahkan kentang dadu dan gaul rata.
  • Bila semua bahan masak ,masukkan serbuk lada hitam dan kicap manis serta di gaul rata dan sebati.
  • Bila inti hampir kering dan rasanya sesuai dengan selera kita,bolehlah di angkat.Tambahkan daun ketumbar cincang. 
Sediakan kulit popia
  • Ambil kulit popia,potong dua dan sambungkan hujungnya dengan gam tepung gandum.
  • Letakkan sedikit inti di hujungnya dan lipat serong seperti di dalam gambar di atas.Gam hujungnya sekali lagi.
  • Buat sehingga habis.Boleh di simpan di dalam freezer dan keluarkan untuk di goreng bila perlu(time nak makan la tu!). 
  • Sedap di makan bersama sos atau di makan begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan