style="text-align: center"

Ahad, 28 Oktober 2012

PIZZA DAGING DAN CHICKEN PEPPERONI

 Salam bahagia buat semua...
Entri seterusya adalah Pizza daging dan Chicken pepperoni yang saya buat tiga hari lepas.Dan pada hari ini saya buat lagi pizza saiz L sebanyak dua biji.Semuanya di sapu licin oleh budak tiga orang tu.Sebelum ni selalu juga beli kat Pizza hut.Lama-lama my bodyguard minta saya buat sendiri.Tak tahan agakya si tukang beli tu!sebab asyik tak cukup sahaja..
Di Kota Bahru ni ada satu kedai yang menjual semua bahan-bahan untuk membuat pizza.Nama kedai tu adalah De' Casa yang terletak di Jalan Yaakubiah.Kalau nak buat pizza saya suka menggunakan roti pizza yang ready made.Malas nak buat sendiri sebab lambat nak siap.(sebenarnya tak berapa pandai!)


PIZZA DAGING DAN CHICKEN PEPPERONI
Sumber;daridapursuzana

Bahan-bahan(2 biji pizza saiz L)
  • 200 gm daging cincang
  • chicken pepperoni secukupnya
  • 2 biji bawang Holland-potong dadu
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus
  • 1 bij capsicum hijau-dadu
  • 1 biji tomato-buang isi dan dadu
  • 1 tin kecil nenas kiub
  • keju Mozarella parut-secukupnya
  • 2 keping roti pizza saiz L
  • 4 sudu besar sos prego tradisional
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • garam/gula secukupnya
  • 1 sudu besar sos lada hitam
Cara membuatnya
Sediakan topping pizza
  • Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar planta.Masukkan bawang besar dan bawang putih tadi dan tumis sehingga naik baunya.
  • Masukkan sos prego dan sos lada hitam dan gaul sebati.
  • Masukkan daging cincang dan goreng sebentar sehingga daging masak.Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan sebentar sehingga semua bahan-bahan sebati dan masak.
  • Tambahkan tomato dan capsicum,gaul rata dan tutup api.Ketepikan.
  • Rebus chicken peppperoni sebentar di dalam air mendidih dan toskan.Nenas tin di tos airnya dan di potong nipis.Panaskan oven.
  • Sapukan permukaan roti pizza dengan sos prego.Letakkan daging cincang rata-rata dan aturkan chicken pepperoni serta nenas di seluruh permukaan pizza.
  • Akhir sekali taburkan keju mozarella parut.Kalau suka keju banyak,boleh taburkannya sebanyak mana yang kita inginkan.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 180'C sehingga roti pizza garing di bawahnya dan semua keju menjadi cair.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan