style="text-align: center"

Sabtu, 29 Disember 2012

AIS KRIM LOLIPOP DURIAN




Salam bahagia buat semua..
Dessert yang di buat dalam musim cuti sekolah ini telah membuatkan anak-anak saya makan durian yang saya  ubah-suaikan menjadi ais krim.Mereka sebenarnya tidak makan durian tetapi bila melihat ais krim ini mereka jadi 'termakan 'durian pula.hee..hee taktik bersih!.Tapi bentuk kejadian tidak begitu smooth kerana saya tidak menghentakkan bekas acuan ais krim selepas memasukkan adunan.Jadi la berlubang-lubang tu..


AIS KRIM LOLIPOP DURIAN
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 ulas durian-ambil isinya
  • 2 skop ais krim vanila atau 1 cawan krim putar
  • sedikit garam
Cara membuatnya
  • Kisarkan semua bahan hinggan hancur dan sebati.
  • Tuangkan ke dalam bekas acuan ais krim pilihan.
  • Bekukan semalaman atau sehingga ia mengeras di dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk di makan.                                       

4 ulasan:

  1. Rajinnya buat aiskrim lolipop! Minggu lepas dah pegang-pegang dah acuan lollipop di supermarket tapi letak semula... tengok ais krim Suzana macam teringin nak buat tapi tak ada acuanlah pulak...

    BalasPadam
  2. lai kali kalau nampak apa-apa yang berkenan tu sambar aje,kalau tak buat ais krim pun kita buat tukun tiruan kat dalam kabinet!

    BalasPadam
  3. salam kenal & follow
    untungnya anak2 dpt makan eskrim durian mama ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. terimakasih mama sara..selamat berkenalan!

      Padam