style="text-align: center"

Isnin, 31 Disember 2012

KETAM GORENG SOS BERTELUR

Salam bahagia buat semua...
Catatan yang last sekali di tahun 2012.Resepi masakan ketam yang amat sedap ni saya dapat dari blog Hasue-I love my life.Sedap sangat kalau makan dengan nasi putih.Sesuai juga di buat hidangan lauk pengantin,tak kiralah pengantin baru ke atau pengantin lama!

KETAM GORENG SOS BERTELUR
Sumber:Hasue:I Love My Life.TenQ!

Bahan-bahan 
  • 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang dan poket bahan buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum(optional)
  • 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  • 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Tomato(optional-potong baji
Cara membuatnya
  • Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda *
  • Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja.Jangan goreng lama-lama nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali.
  • Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan),perasakan dengan garam dan sedikit gula/perasa
  • Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadidan gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong baji.
  • Setelah bahan-bahan sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika.
  • Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!

2 ulasan:

  1. Sedapnya... telur ayam ni kira ganti telur ketam lah kan, kalau belu ketam suka cari yng betina sebab suka cari telurnya yang seco'et tu...

    BalasPadam
  2. Ketam jantan agaknya ni,sebab tu saya guna telur ayam ,konon2nya sebagai telur ketam..hee..he

    BalasPadam