style="text-align: center"

Selasa, 1 Januari 2013

MUFFIN NANGKA


Salam bahagia buat semua...
Entri saya yang pertama pada 1 Januari 2013.Selamat tahun baru diucapkan kepada semua kawan-kawan di alam nyata dan kawan-kawan di dapur maya ini.Saya tiada azam...,cuma ada pendirian hidup saya sendiri.Semoga semuanya akan menjadi lebih baik lagi dan apa yang akan di usahakan dalam tahun ini beroleh kebahagiaan.Amin.
Selesai sudah ucapan tahun baru.Kita tulis resepi Muffin nangka pula..

MUFFIN NANGKA
Sumber :Zqah.com.tq

Bahan-bahan
  • 100 gm.mentega
  • 2 biji telur A
  • 70 gm.gula halus
  • 175 gm.tepung gandum
  • 10 gm .baking powder
  • 80 ml.susu segar
  • 100 gm.nangka masak-dadu
  • 1/4 sudu teh esen nangka-pilihan
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'C.Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  • Putar mentega dan gula hingga kembang(nampak putih),masukkan telur dan terus memutar hingga berkrim.Perlahankan kelajuan pemutar dan masukkan tepung berselang -seli dengan susu segar.Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan esen nangka dan nangka yang di dadu tadi.Gaul rata dengan spatula.Isikan 3/4 penuh dalam muffin cup yang di sediakan.
  • Bakar selama 25 minit hingga warna keemasan atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan di atas jaringan sebelum di hidangkan.

2 ulasan:

  1. In shaa Allah 2013 membawa kebahagiaan yang diimpikan... wangi bau muffin nangkanya tu Suzana... tapau 3 cawan ye...

    BalasPadam
  2. Bolehlah nanti saya hantar sama belon udara!

    BalasPadam