style="text-align: center"

Rabu, 12 Disember 2012

KUIH KETAYAP



Salam bahagia buat semua...
Hari ini tarikh cantik 12.12.12 ,kuih ketayap mendapat tempat untuk masuk ke blog ini dulu.Sebenarnya masih banyak lagi resepi yang saya nak postkan disini cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan.Selalunya saya jarang membuat kuih tempatan.Tetapi oleh kerana si bongsu Azim suka sangat makan kuih ni jadi saya cuba belajar membuatnya dan alhamdulillah ia menjadi.Tapi ada juga komen darinya,kenapa intinya warna coklat.Sebenarnya saya dah terlupa yang dia suka makan Kuih ketayap yang inti kelapanya putih!.Nantilah Azim lain kali mama buat kuih ketayap yang intinya putih pula.Ni baru nak belajar buat...

KUIH KETAYAP
Sumber:Periuktanah.blogspot.tq
Bahan-bahan

A) Inti
  • 1 mangkuk kelapa parut putih sahaja. (lebih elok kalau ada yang muda sikit dan diparut halus)
  • 1/2 cawan air gula merah
  • 1 sudu besar gula putih (tambah jika kurang manis) 
 *saya masak bersama 3 helai daun pandan
Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga kering seperti di dalam gambar. Gunakan api sederhana. Rasa sedikit ketika hampir kering dan tambah gula putih jika kurang manis.
B) Bahan tepungnya
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar air pandan
    sedikit pewarna hijau
  • minyak untuk mendadar
*Saya tidak menggunakan minyak utk.mendadar manakala daun pandan di mesin dengan 2 cawan air seperti dalam resepi di atas.
Cara membuatnya
  • Campurkan kesemuanya di dalam mangkuk dan kacau sebati menggunakan pemukul.
  • Bila sebati, tapiskan ke dalam mangkuk lain.
  • Panaskan kuali dan sediakan minyak di dalam mangkuk. Letak satu sudu kecil minyak di keliling kuali.
  • Masukkan 1 senduk kecil adunan ke dalam kuali. Mulakan dari tepi kuali, angkat dan golekkan kuali agar adunan rata.
  • Bila warna ketayap sekata menunjukkan kuih sudah masak seperti dalam gambar.
  • Ulang proses mendadar hingga adunan habis.
  • Bila habis kesemuanya, letakkan inti dan gulung seperti di dalam gambar. Sedia di hidang.             
                  

2 ulasan:

  1. Kalau tengok kuih ketayap... selalu teringat kejadian di dapur, belum habis buat lempeng, anak2 dah copet cicah inti... tak sempat nak gulung he he he ehhh

    BalasPadam
  2. kat dapur disini pulak,mak budak yang cepat masuk mulut!!hee..hee

    BalasPadam