style="text-align: center"

Sabtu, 5 Januari 2013

BUTIR NANGKA

Salam bahagia buat semua..

Hari ini saya bercuti sehari menghabiskan baki cuti tahun lepas yang tak habis-habis lagi.Di tambah lagi dengan cuti dalam tahun ni, makin bertambah banyak lagilah!.nanti bila sampai hujung tahun tak habis lagi.Petang semalam masuk dapur buka kelas buat butir nangka.Jumpa pula  beberapa ulas buah nangka yang dah lama duk dalam peti ais.Bila letak dalam kuah ..dah hilang warna kuningnya..hee..hee.

BUTIR NANGKA 

Sumber:yana@my resepi

Bahan-bahan


  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan 
Bahan untuk kuah
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba
  • garam
  • daun pandan 
  • hirisan nangka   saya tambah
  • hirisan halia -racik halus   saya tambah
Cara membuatnya
  • Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna.Kacau.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  • Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan.Tambah air ikut keperluan.
  • Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel.bila masak ia akan timbul.
  • Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
Untuk kuahnya 
  • Masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.Tambahkan gula dan garam semanis dan secukup rasa.
  • Bila dah siap bolehlah dicampurkan butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya.Sedia untuk dihidang.
  • Lebihkan santan kalau nak kuah banyak.Begitu juga dengan halba.Boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan