style="text-align: center"

Jumaat, 4 Januari 2013

SOLOK LADA

Salam bahagia buat semua...
Saya cuba membuat Solok lada setelah' terbeli' lada hjau yang besar-besar semasa membeli-belah kat pasaraya pada minggu lepas.Sebelum ni kalau nak makan solok lada selalu sahaja di beli tetapi ia tidak memenuhi citarasa saya.Biasalah tu saikologi...,kalau buat sendiri lagi best!.Kalau di Kelantan,Solok lada biasanya di makan bersama Nasi kerabu.Tetapi ia juga boleh di makan dengan nasi biasa bersama lauk pauk lain.
Solok lada atau juga dikenali sebagai Lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu yang popular di negeri Kelantan.Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan.
Ia tiada sukatan tertentu,resepi di bawah sebagai panduan sahaja.Masakan yang sedap adalah resepi yang di olah kita mengikut citarasa sendiri.
 
SOLOK LADA
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 10 biji lada hijau besar
  • 6 ekor ikan selayang/ikan kembung- rebus ambil isinya
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • daun ubi kayu secukupnya-untuk alas dasar periuk.
Cara membuatnya
  • Belah tengah lada hijau dan buang bijinya.Rendam dalam air supaya belahan menjadi lebih terbuka.
  • Tumbuk lada hitam,bawang merah dan isi ikan,gula serta kelapa parut bersama hingga lumat.Jika tidak muat bolehlah di tumbuk kelapa parut berasingan dan di gaulkan bersama di dalam mangkuk.
  • Sesuaikan rasa inti solok,tambahkan garam secukup rasa dan tambahkan 2 sudu besar santan pekat dan gaul sebati.
  • Toskan lada yang di belah tadi.
  • Sumbatkan inti yang telah siap ke dalam lada dan buatlah sehingga habis.
  • Alaskan periuk dengan daun ubi kayu untuk mengelakkan dari solok lada menjadi hangus di dasarnya.
  • Masukkan solok lada yang telah siap di sumbat dan tambah santan ke dalam periuk.Gunakan api perlahan dan masaklah solok lada sehingga intinya masak.

4 ulasan:

  1. Puaslah makan solok lada olahan sendiri... montel & gemuk, penuh isinya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap dan puas makan sebab tu saya buat jadi gemuk2!

      Padam
  2. bgi org kelantan solok lada ni bukan benda baru lgi dh..rasanya dh ramai org suker solok lada nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul Adda,tambahan pula kalau lada tu tak berapa pedas lagi saya suka.

      Padam