style="text-align: center"

Selasa, 1 Januari 2013

IKAN MASIN TELUR HANCUR

Salam bahagia buat semua....
Hujan masih  turun di Kota Bharu sudah dua hari dan belum reda- reda lagi.Hari pertama sekolah kasut anak-anak dah basah.Hujan-hujan begini kalau makan nasi berlaukkan Ikan masin goreng tentu berselera sekali.Resepinya mudah dan ringkas sekali.

IKAN MASIN TELUR HANCUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan masin
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai daun parsli-potong halus
  • 3 biji cili padi-potong kecil 
  • 1/2 labu bawang besar-dadu
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan goreng Ikan masin sehingga masak.Angkat dan buang tulang ikan.Ambil isinya sahaja.
  • Pukul telur sekejap dan gaul sebati dengan isi ikan,daun parsli ,bawang besar dadu dan cili padi.
  • Panaskan sedikit minyak,masukkan kesemuanya  ke dalam kuali dan kacaukan sentiasa supaya telur menjadi hancur.
  • Bila telur nampak sedikit garing ,bolehlah di angkat dan di hidangkan.

2 ulasan:

  1. assalam
    hujan tp disini pula panas sgt ..
    menariklah resepi Suzana ni, nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emm..ia betul-betul membuka selera makan.hee..he

      Padam