style="text-align: center"

Ahad, 13 Januari 2013

SIEW PAK CHOY and MINCED CHICKEN

Salam bahagia buat semua...
Hari ini masak sayur lagi,hari-hari mesti kena masak sayur.Kalau tak ada sayur kat meja makan,tak ada seleralah si dia tu makan nasi.Siew pak choy kalau simpan lama-lama dalam peti sejuk ia cepat rosak kerana ia sejenis sayuran berdaun hijau.
Saya paling suka makan siew pak choy yang di celur, kemudian di tambah dengan lain-lain bahan di atasnya dan pada kali ini saya meletakkan daging ayam cincang.Satu gabungan yang sesuai dan sedap.

SIEW PAK CHOY AND MINCED CHICKEN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 ikat siew pak choy
  • 1/2 isi dada ayam-cincang halus
  • 5 ulas bawang putih-cincang
  • 1/2 labu bawang besar-hiris nipis
  • 1 biji lada hijau-hiris halus
  • 1 biji lada merah-hiris halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh air perahan limau nipis
  • sos ikan dan gula secukup rasa
  • sedikit bawang goreng untuk taburan atas sayur
Cara membuatnya
  • Panaskan air dan celur sayur sekejap.Masukkan ke dalam air sejuk dan toskan.Tujuannya supaya sayur tidak menjadi terlalu masak dan juga untuk mengekalkan warna hijaunya.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram,sos cili dan ayam cincang.Gaul rata dan goreng sekejap lagi.
  • Tambahkan serbuk lada hitam,sos ikan dan gula secukup rasa.Tambahkan lada hijau dan lada merah serta air perahan limau nipis.
  • Masak sebentar lagi dan bolehlah di angkat.
  • Susunkan sayur di dalam pinggan dan curahkan ayam cincang di atanya.Taburkan bawang goreng di atasnya dan sedia untuk di hidangkan.

1 ulasan:

  1. Memang khasiatnya tak banyak lari kalau masak sayur cara kukus ye Suzana...

    BalasPadam