style="text-align: center"

Ahad, 13 Januari 2013

KEK CAWAN DURIAN


Salam bahagia buat semua...
Hari ni saya bercuti,pagi-pagi lagi masuk dapur nak buat beberapa resipi dalam senarai menunggu.Saya buat puding,kek,ais krim dan masak tofu serta goreng ikan.Esok dah mula bekerja jadi tak dapatlah lama -lama berada di dapur.Dah tengahari barulah siap kesemuanya,rehatkan diri sekejap sementara menunggu untuk mengambil anak pulang dari sekolah pula.Cuti sehari rasa macam separuh hari sahaja! betapa cepatnya masa berlalu...tapi saya rasa lega sebab dapat release tension dengan memasak.
Resepi asal Kek durian ini bukannya di letak ke dalam acuan kek cawan.Saya telah membakarnya di dalam acuan kek cawan supaya anak-anak saya tertarik untuk memakannya.

KEK CAWAN DURIAN
Sumber:Kak Besah@My Resepi

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 ulas isi durian(lebih kurang 1/2 cawan)
  • 1 cawan susu segar
  • secubit garam
  • sedikit almond nib-untuk hiasan    saya tambah

Cara membuatnya
  • Masukkan gula,susu segar,isi durian,minyak masak,ovalette dan telur ke dalam pengisar/food processor.Blend hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan garam sedikit demi sedikit sambil di kisar perlahan-lahan.
  • Sapu loyang dengan minyak dan alas dengan baking paper.Tuangkan adunan ke dalam acuan kek cawan atau loyang ,taburkan almond nib dan bakar pada suhu 170'C sehingga masak.

4 ulasan:

  1. Sedapnya!!!! Harum durian....

    BalasPadam
  2. ye la Amie terasa keharuman durian ketika memakannya

    BalasPadam
  3. assalam Suzana
    buat dlm cup anak2 tertarik dan mudah pulak nak makan seketul2 he he bila sedap tambah lg la kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la mama sara nur..kalau buat macam ni anak-anak lagi suka.

      Padam