style="text-align: center"

Rabu, 6 Februari 2013

BROKOLI GORENG UDANG



Salam bahagia buat semua......

Saya goreng brokoli untuk hidangan tengahari semalam.Ia boleh juga di gandingkan dengan ayam ,daging dan udang atau apa saja yang sesuai  dengan masakan kita.Rasa brokoli yang sedap dan rangup sentiasa menjadi kegemaran saya yang suka makan sayur.

BROKOLI GORENG UDANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 5 tangkai kecil brokoli-belah empat
  • 10 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih-di ketuk
  • lada benggala merah dan hijau-di potong kecil
  • sos tiram
  • serbuk cukup rasa Maggi
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit minyak zaitun/minyak masak
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih hingga wanggi.
  • Masukan sos tiram,brokoli,udang dan gaul rata.
  • Goreng sebentar lagi dan masukkan serbuk cukup rasa dan serbuk lada hitam.
  • Akhir sekali masukkan lada benggala.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.


sampai jumpa lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan