style="text-align: center"

Sabtu, 2 Februari 2013

BUBUR CHA CHA KELEDEK

Salam bahagia buat semua..
Saya buat Bubur cha cha pula untuk di makan pada waktu petang.Keledek kuning yang dah berminggu-minggu berada dalam simpanan masih bertahan dan tidak rosak.Di gandingkan pula dengan cha cha yang berwarna warni nampak meriah kaler je bubur ni!.Resepi di rujuk dari Kak Ummi-Home sweet home.Tq!

BUBUR CHA CHA KELEDEK
Olahan:daridapursuzana


Bahan-bahan
  • 1 cawan bubur cha cha kering
  • 500 ml santan
  • 2/3 cawan gula pasir/secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 biji keledek sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
    2 keping gula melaka   saya tambah
  • secubit garam
Cara membuatnya
  • Basuh bubur cha cha dan rebus dengan air biasa hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  • Dalam periuk masukkan ubi dan santan dan masak dengan api perlahan.
  • Masukkan gula dan secubit garam dan biar mendidih dan ubi empuk.
  • Masukkan bubur cha cha tadi dan masak sebentar hingga mesra.
  • Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk pun sedap.

2 ulasan:

  1. Memang keledek tahan lama, dah simpan sebulan pun masih okey. Tengok bubur cha cha keledek ni teringatlah juadah berbuka puasa.... sedap!

    BalasPadam
  2. kalau dok sebelah rumah kita dah hantar semangkuk!

    BalasPadam