style="text-align: center"

Sabtu, 2 Februari 2013

IKAN SIAKAP SOS PLUM

Salam bahagia buat semua...
Sudah seminggu saya tidak menulis.Talian internet mogok lagi!.Selepas di tingkatkan kelajuan dan selepas di baik pulih ia tetap juga mogok.Akhirnya saya berhenti dari menggunakan wi-fi streamyx dan bertukar ke talian lain pula.Harapnya selepas ini tiada masalah lagi.Banyak perkara yang terbengkalai dek ketiadaan internet.Kerja sekolah,kerja rumah,kerja update blog semuanya tak dapat di lakukan.
Resepi untuk hari ini ialah Ikan siakap sos plum kesukaan My bodyguard.Budak-budak 3 orang tu tak makan.. ,jadi kita orang juga yang kena habiskan.
IKAN SIAKAP SOS PLUM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 batang karot-potong halus
  • 1/2 biji lada benggala hijau-potong dadu
  • 1/2 biji lada benggala merah-potog dadu
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus
  • sedikit halia-cincang halus
  • garam,gula secukup rasa 
Bahan sos
  • 4 sudu besar sos plum
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tomato
Kesemua bahan sos di campur bersama dengan 1/2 cawan air dan kacau sebati.

Cara membuatnya
  • Ikan di buang sisiknya dan di bersihkan.Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing.Ketepikan.
  • Buangkan minyak menggoreng ikan tadi sehingga tinggal sedikit dan tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
  • Masukkan sos yang telah di campur tadi dan kacau sebati.Masukkan sedikit lagi air jika pekat sangat.
  • Masukkan karot,lada benggala hijau dan merah.Sesuaikan rasa sosnya dan bolehlah di masukkan ikan .
  • Biarkan ikan sebentar di dalam kuah sos sehingga sos sedikit memekat.Sos ini akan mempunyai rasa masam dan manis .
  • Bila sudah sesuai dengan rasanya bolehlah di angkat dan hidangkan bersama nasi putih.        

2 ulasan:

  1. Kita pun masak ikan siakap tapi masak singgang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tentu sedap juga jika di buat singgang sebab isinya banyak..

      Padam