style="text-align: center"

Isnin, 18 Februari 2013

IKAN MASAK TAUCU

Salam bahagia buat semua..

Ikan masak taucu ini di kongsi resepinya dari blog Kak Ummi.Saya menggunakan Ikan cermin yang mempunyai isi yang banyak.Sedap di makan tentulah dengan nasi panas.Tengok my bodyguard makan dengan berselera sekali siap menambah nasi lagi!Saya tidak menambah garam lagi kedalam masakan ini kerana taucu sudah sedia masin.

IKAN MASAK TAUCU
Resepi: ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/ thanks

 
Bahan- bahan

  • 2 ekor ikan selar -saiz besar  
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 cm halia - hiris batang mancis
  • 4 batang serai   saya tambah
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar taucu
  • 1/3 cawan air
  • 2 tangkai cili merah - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau - belah 4
  • 4 tangkai cili padi - ketuk sikit
  • 1 labu bawang besar - potong gegelang bulat
  • garam-jika perlu
  • 1 sudu besar kicap manis  saya tambah
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara membuatnya

  • Ikan di cuci bersih, kelar dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit.Biarkan 10 minit dan goreng 3/4 garing, letakkan di dalam pinggan yang sesuai.
  • Ambil 1/4 cawan minyak gorengan ikan, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia,serai hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan kacau lagi biar cili masak.
  • Masukkan air asam jawa dan reneh biar mendidih sebentar.
  • Masukkan ikan tadi beserta taucu dan bawang besar dan cili hidup. Boleh tambah sedikit air lagi dari sukatan di atas, jika ingin kuah yg banyak.
  • Masukkan gula dan seimbangkan rasa, jika tak cukup masin boleh tambah sedikit garam.
  • Reneh sebentar hingga ikan lembut dalam kuah. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih.

2 ulasan: