style="text-align: center"

Ahad, 17 Februari 2013

ROTI SALAD dan SOSEJ



 As-Salam buat semua..
Satu lagi resepi roti yang mudah dan ringkas dari dapur saya.Kalau makan roti ni tak payah lagi makan nasi ,sebiji dah terasa kenyang!hee..he sebenarnya kejap je kenyang ,tak lama kemudian cari nasi juga..Roti yang penuh dengan salad ni, confirm dah bukan pilihan anak-anak sebab dia orang tak makan salad dan sosej.Siapa lagi yang makan kalau bukan saya dan my bodyguard!

ROTI SALAD dan SOSEJ
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

4 batang sosej daging/ayam
4 biji roti hamlet
2 biji tomato-belah empat
beberapa keping daun salad madu
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
mayonis
sos cili
marjerin
minyak zaitun

Cara membuatnya
  • Belah sosej di tengah tetapi jangan sampai putus.Perasakan sosej dengan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.Ketepikan sebentar.
  • Letakkan sosej di dalam pemanggang ajaib/kuali non-stick dan renjiskan minyak zaitun ke atas sosej tadi.
  • Panggang sosej hingga masak.Angkat dan sejukkan.
  • Roti di belah tengah,jangan sampai putus dan sapukan marjerin.
  • Alaskan daun salad di tengah-tengah roti dan letakkan sekeping sosej.Tambahkan hirisan tomato.
  • Picitkan mayonis dan sos cili ke atas sosej.Sedia untuk di hidangkan.

3 ulasan:

  1. hi hi..betul tu...konon makan roti sbb tak nak makan nasi last2 cari nasi juga kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang itulah yang selalu berlaku pada saya..kononya tak nak makan nasi!

      Padam
  2. nmpk sedap roti ni..boleh bt kalu malas masak...he3

    BalasPadam