Ahad, 3 Februari 2013

KEK MENTEGA MARMAR SUSU

 Salam bahagia buat semua..

Kek mentega yang amat lembut ini amat sesuai sekali di makan bersama secawan nescafe panas.Ia adalah kek kosong yang tidak di lapisi oleh topping.Menariknya kek ini sebab ada lapisan belang-belang seperti marmar.Resepinya saya tengok kat blog Azlita masam manis.Walaupun kejadian kek ini tidak secantik yang di buat oleh Azlita tapi saya puas hati kerana ia menjadi!..

KEK MENTEGA MARMAR SUSU
By: Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek


Bahan-bahan

  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 290 gm tepung naik sendiri
  • 50 gm susu pekat manis
  • 100 g susu cair
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1 sudu teh kapucino emulco
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Kepingan badam sebagai hiasan
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 150'C
  • Sediakan loyang ukuran 8 inci
  • Sapukan mentega dan alas dasar loyang dengan kertas kek.
  • Pukul mentega dan gula sehingga sebati
  • Masukkan telur satu persatu
  • Kemudian masukkan susu pekat manis
  • Pukul sehingga adunan sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
  • Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
  • Ambil 1/4 adunan
  • Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
  • Kacau rata
  • Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata
  • Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
  • Diikuti adunan coklat kapucino
  • Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
  • Hiaskan dengan taburan kepingan badam    saya letak badam cincang
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.

4 ulasan:

  1. Nampaknya dapur kita hari ni seharum mentega... kita pun buat kek mentega juga, boleh tukar2 piring ni..he he he ehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak kek yang Amie buat tu mesti menpunyai rasa yang mewah.saya pun nak cuba lah nanti.

      Padam
  2. Cantek la tu... bak nak sepotong

    BalasPadam