style="text-align: center"

Ahad, 3 Februari 2013

KEPAK AYAM PANGGANG

Salam bahagia buat semua..

Hari ini saya tidak mengambil nasi  untuk hidangan tengahari cuma makan kepak ayam panggang versi melayu dengan daun salad madu segar yang di beli oleh seorang kawan kat Cameron Highland.Untuk rasa pedas sikit saya meletakkan sambal cili padi kisar yang sentiasa ada dalam peti sejuk.Tak lama lagi mungkin saya dapat terbang sebab selalu sangat makan kepak ayam..hee.hee
Sedap di makan begitu sahaja tanpa apa-apa sos.Walaupun ia agak simple tapi cukup untuk mengenyangkan saya yang tengah berdiet kononnya....

KEPAK AYAM PANGGANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 3 pasang kepak ayam
  • 2 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar sambal cili padi kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos cili Thai
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh air perahan limau nipis
  • sedikit minyak zaitun
Cara membuatnya
  • Bersihkan kepak ayam dan potong dua di bahagian sikunya.
  • Perapkan dengan semua bahan di atas dan simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam. 
  • Bakar di dalam pemanggang yang sangat ajaib tu dengan api sederhana sehingga masak.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang moist dan amat lembut sekali.sesuai juga di makan dengan nasi.

      Padam