style="text-align: center"

Isnin, 11 Februari 2013

TOFU KUAH PEKAT

Salam bahagia buat semua...

Hari ini saya akan menghadiri kenduri di rumah ibu saudara tapi sebelum tu nak juga masukkan satu lagi entri masakan semalam iaitu Tofu kuah pekat. Resepinya adalah dari blog Ieyda lesung batu.Thanks Ieyda di atas perkongsian resepi yang sedap ni.Tofu telur yang garing di luar dan lembut di dalam amat sesuai di masak secara begini.Saya tidak menggunakan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah sebaliknya hanya menambahkan telur sahaja.Jadi kuahnya tidaklah pekat sangat.. 

TOFU KUAH PEKAT
Sumber:lesungbatuieyda.blogspot.com  .thanks. Bahan-bahan

6 batang tofu telur
2 ulas bawang putih-di hiris
1 biji telur-di pukul
300 ml.air
1 inci halia-cincang
garam secukup rasa
serbuklada putih
2 sudu besar sos tiram
air bancuhan tepung jagung
sedikit minyak bijan
daun bawang/sup-potong halus
1/2 batang seleri -potong bulat   saya tambah
cili merah-hiasan

Cara membuatnya
  • Potong tofu bulat-bulat,celup tepung dan goreng hingga perang.
  • Toskan dan ketepikan dahulu.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia.
  • Masukkan air,serbuk lada putih,sos tiram,batang seleri dan garam scukup rasa.Saya letak sedikit gula untuk imbangkan rasanya.
  • Didihkan sebentar dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Kuah akan memekat dan masukkan telur sambil terus mengacau.
  • Masukkan daun bawang dan daun sup bersama cili merah.
  • Tutup api dan masukkan minyak bijan sambil di kacau rata.
  • Susun tofu goreng di atas pinggang yang sesuai.
  • Tuangkan sup kuah pekat ke atas tofu dan hidangkan.

2 ulasan:

  1. Asalam kak suzana, tq join my blog...banyaknya makanan sedap2 dkt sini, tofu ni dah lama saya xmakan, mmg sedap!!!

    BalasPadam
  2. terimakasih Evelyn sudi jadi kawan k.su.betul tu tofu ni memang sedap!

    BalasPadam