style="text-align: center"

Selasa, 5 Mac 2013

DAGING MONGOLIA

 Salam bahagia buat semua..

Resepi untuk hari ini adalah Daging mongolia/Mongolian beef yang pada kali pertamanya di makan semasa dinner  kat Restoren Thai-Keng som.Pada mulanya saya tidak tahu bagaimana rasanya.Waiter mencadangkan supaya kami makan Daging mongolia kerana rasanya sedap.Memang betul seperti apa yang di beritahu olehnya.Anak-anak saya sukakannya.Kali ini saya cuba membuatnya lagi di dapur sendiri dengan versi saya dan di olah dari resepi yang saya jumpa semasa blog walking.

DAGING MONGOLIA
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

250 gm daging-hiris nipis
1/2 cawan tepung jagung
4 sudu besar kicap manis
*perapkan daging dengan bahan di atas

1 labu bawang bombay-hiris nipis
3 ulas bawang putih-cincang
2 cm halia-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 biji lada merah-potong nipis
sedikit bunga kubis-potong kecil
beberapa tangkai daun bawang-potong panjang
1/2 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar gula/secukup rasa
2 sudu besar mentega 
garam secukup rasa/jika perlu
3 cawan minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya 
  • Perap daging selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak  di dalam kuali dan goreng daging tadi hingga hampir masak dan angkat.
  • Gunakan mentega dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan kesemua sos  dan daging yang telah di goreng tadi serta bunga kubis.
  • Tambahkan serbuk lada putih dan gula- secukup rasa dan garam -jika perlu (daging ini rasanya manis sedikit).
  • Akhir sekali masukkan bawang besar,daun bawang dan lada merah.Gaul rata kesemuanya.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan