Tentu dah ramai orang cuba membuat Hokkaido Chiffon cup cake yang sedap ni.(kita macam biasa la keretapi lambat!).walaupun saya boleh membuat kek ini tapi kalau jumpa yang di jual saya akan membelinya juga.Sudah tentu yang di buat sendiri dapat makan sepuas hati dan bila naik penimbang puas dapat tengok timbangan makin naik!.
HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE
Sumber:Mama Saranur.Blogspot.Tq!
Bahan-bahan
5 biji putih telur
1 sudu teh krim of tartar(boleh ganti dgn.sedikit garam halus)
80 gm .gula kastor
Cara meringue
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.Pukul lagi sehingga beku dan kental(bila di terbalikkan ia tidak jatuh)
5 biji kuning telur
30 gm gula kastor
40 ml.minyak jagung
40 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60 gm tepung kek
25 gm.tepung kastard
1 sudu teh baking powder
*kesemua tepung dan baking powder di ayak bersama
Cara membuatnya
- Panaskan oven terlebih dahulu.
- Pukul kuning telur bersama gula hingga sedikit kembang.Kemudiasn masukkan minyak dan susu.Pukul lagi seketika.
- Masukkan tepung yang telah di ayak tadi dan kacau rata.
- Masukkkan putih telur tadi ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup balik perlahan-lahan.
- Masukkan adunan kek ke dalam acuan kek cawan dan bakar selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing dengan suhu 180'C.5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah.
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml.susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega
*sukatan adunan di atas ini banyak.Boleh di guna separuh sahaja dari sukatan asal jika cup cake anda tidak banyak.
Cara membuatnya
- Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan kesemua bahan lain dan masak di atas api perlahan dan kacau hingga pekat dan licin.Sejukkan sebentar.
- Apabila cup cake sudah masak,sejukkan sebentar dan masukkan kastard ke dalam piping bag.Guna nozzle muncung tajam dan tekan kastard ke dalam kek untuk kek kita jadi berinti di dalamnya.
Assalam Suzana
BalasPadamakak berkali-kali buat ank2 suker sgt mkn
memang sedapp kan