style="text-align: center"

Sabtu, 2 Mac 2013

PIZZA PARATHA

Salam bahagia buat semua..

Teringin sangat nak makan pizza tapi tak ada doh pizza(nak menguli tepung..malas!),saya menggunakan paratha yang telah sedia ada sejak sekian lama di dalam peti sejuk.Untuk ke sekian-sekian kalinya(entah le ayat apa ni!) saya dapat makan pizza yang mempunyai base yang garing di bawahnya.Anak-anak makan dengan cepat sekali!.

PIZZA PARATHA
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 keping paratha 

Bahan intinya 

1 tin kecil nenas kiub-potong nipis
250 gm daging ayam cincang/minced chicken
5 sudu besar sos prego tradisional
3 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang besar-cincang/potong kiub kecil
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar saus manis abc
garam secukup rasa
keju parut Mozarella secukupnya

Cara membuatnya 
  • Keluarkan paratha dari tempat frozen,letakkan di dalam loyang yang telah bersapu marjerin.Biar sekejap dan kemudian sapu dengan sos prego di seluruh permukaannya.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.Tumiskan bawang putih dan bawang besar cincang hingga naik baunya.
  • Masukkan kesemua sos dan gaul rata.Tambahkan daging ayam cincang dan sedikit air dan biarkan mereneh hingga ayam masak .
  • Tambahkan serbuk lada hitam,saus manis abc dan garam secukup rasa.Bila nampak inti hampir kering,bolehlah di angkat.
  • Panaskan oven dan bakar sekejap paratha tadi dalam 8-10 minit.
  • Keluarkan dari oven dan letakkan inti ayam rata-rata di atasnya.Taburkan nenas dan keju Mozarella sebanyak mana yang di inginkan.
  • Bakar semula di dalam oven hingga paratha garing di bahagian bawahnya dan keju mencair .
  • Keluarkan dari oven dan potong lapan ketika masih panas.Bolehlah di hidangkan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan