Hari ini saya bercuti,dalam kepala ni ada banyak perkara yang nak di buat .Mula-mula nak hantar kakak gi sekolah ambil result SPM yang keluar pada hari ini.Kemudian nak balik masak-masak.Petangnya pula nak gi sekolah adik menghadiri mesyuarat PIBG.Agaknya hari ini jadual saya padat sampai ke petang.Malam nanti mesti my bodyguard ajak keluar makan pula!.Pasal makan ni acara wajib tak boleh nak tolak,nanti ada orang terasa hati!.hee.hee
Kembali kepada niat sebenar....nak entri resepi puding!
PUDING KASTARD JAGUNG
Sumber:Rancangan Selera TV 3-oleh Rose Weils
Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu segar
1 cawan gula merah
1 cawan santan
1 cawan sweet corn
sedikit garam
Cara membuatnya
- Campurkan susu segar dan tepung kastard dan gaul sebati.Masak di atas api sederhana sambil di kacau .
- Campurkan gula merah,santan dan sweet corn dan tambahkan ke dalam adunan .
- Kacau lagi perlahan-lahan sedikit nampak pekat
- Bila adunan menjadi pekat,padamkan api dan tuang ke dalam acuan pilihan.Saya menggunakan gelas kecil supaya senang untuk di makan.
- Sejukkan sebentar sebelum di letakkan ke dalam peti sejuk.Puding ini sedap di makan sejuk.
sedap...
BalasPadamtentunya sedap..hee..he tambahan pula makan sejuk2
BalasPadam