style="text-align: center"

Rabu, 10 April 2013

CAKE AND FRUIT CREAM DESSERT

 As-Salam buat semua..

Dessert ini terhasil setelah ada sedikit lebihan kek span dan buah-buahan di dalam peti sejuk.Menggunakan bahan-bahan yang telah sedia ada saya mengolahnya menjadi dessert yang sedap dan sejuk di makan dalam cuaca yang panas sebegini.

CAKE AND FRUIT CREAM DESSERT
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
beberapa potong kek span vanila
buah-buahan (potong kecil)
  -kiwi,epal,anggur dan peach/pilihan
krim putar
1 bekas kecil yogurt 
1 sudu besar madu
sedikit corn flakes-untuk taburan

Cara membuatnya
  • Gaulkan buah-buahan dengan yogurt dan tambahkan madu.Gaul rata.
  • Letakkan potongan kek di dalam gelas puding dan paipkan sedikit krim putar di atasnya.
  • Lapiskan dengan buah-buahan bercampur yogurt dan paipkan lagi krim putar di atasnya.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.Akhir sekali taburkan kepingan corn flakes sebelum di makan.

2 ulasan:

  1. wowww kalau dessert cmni memang peberet saya..

    BalasPadam
  2. masuklah selalu dapur saya supaya dapat 'makan' dessert!!yang membuka selera..hee..he

    BalasPadam