As-Salam buat semua.. |
Selamat bertemu kembali buat semua.Hari ini saya nak entrikan satu lagi resepi ayam yang pernah saya cuba iaitu Chicken Boxing berempah crispy dari blog Azlita Masam Manis.Ayam ini sedap di makan bersama sos pilihan atau di makan bersama nasi.
Cara membuatnya
CHICKEN BOXING BEREMPAH CRISPY
Sumber:www.azlitamasammanis.com/thanks
Bahan-bahan
5 ketul paha ayam
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
6 helai daun kari di mayang halus
2 sudu besar rata rempah kari
garam secukup rasa
1 sudu besar madu
Sedikit lada hitam kisar
Garam secukup rasa
2 biji putih telur - dipukul
1 cawan emping jagung yang telah di hancurkan
Minyak untuk mengoreng terendam
5 ketul paha ayam
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
6 helai daun kari di mayang halus
2 sudu besar rata rempah kari
garam secukup rasa
1 sudu besar madu
Sedikit lada hitam kisar
Garam secukup rasa
2 biji putih telur - dipukul
1 cawan emping jagung yang telah di hancurkan
Minyak untuk mengoreng terendam
Cara membuatnya
- Paha ayam di lurutkan isinya ke bawah hingga membentuk bulat di bahagian hujungnya.
- Satukan bawang putih, halia, rempah kari, daun kari, garam, lada hitam dan madu.Kemudian salutkan pada ayam dan perap sebentar.
- Celupkan ayam ke dalam putih telur
- Golekkan ayam di atas emping jagung hingga bersalut sempurna.
- Kemudian goreng ayam dalam minyak yang cukup panas dengan api yang sederhana
- Angkat ayam setelah masak dan toskan minyaknya.Ayam boleh di bakar jika tidak suka di goreng.
sedapnya nampak' teringin kak ros nak buat..
BalasPadamMak aiiii... sedapnya! Tak cukup makan dua ketul ni... nyum nyummmm!
BalasPadamcubalah buat kak ros,mesti anak2 suka.
BalasPadamkalau sedang berpantang tu mesti semua terliur kan.
BalasPadamAssalam suzana
BalasPadammenarik ni, jom boxing selepas mkn
bukan nak gi boxing lepas makan,duk boxing basuh pinggan-mangkuk!
BalasPadam