Ahad, 21 April 2013

KEK BELANG COMEL

 As-Salam buat semua..

Kek belang comel ini resepinya adalah dari Azlita masam manis yang tersiar di dalam Majalah Rasa Mac 2013.Tertarik dengan warnanya saya cuba untuk membuatnya.Saya tidak memotong kek ini untuk menjadi bentuk bulat seperti dalam resepi tetapi membakarnya terus di dalam acuan bulat kecil dan memotongnya di tengah menjadi dua lapis.

KEK BELANG COMEL
Sumber:Azlita masam manis

Bahan-bahan
100 gm.tepung kek
70 gm .gula kastor
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
80 ml.susu segar
60 ml.minyak jagung
1/2sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila

*utk.warna-warna pada kek: pewarna hijau
pes pandan 
coklat emulco
pewarna oren 
 * anda boleh menggantikan warna untuk adunan mengikut warna kegemaran.

bahan hiasan
125 ml non diary whipping cream
buah ceri kecil /strawberry secukupnya 

 Cara membuatnya
  • Ayak bersama tepung kek dan baking powder.Kemudian masukkan minyak jagung,kuning telur dan susu segar.
  • Gaul dengan pemukul telur hingga rata dan sebati.Ketepikan.
  • Di dalam bekas berlainan,putar putih telur sehingga kembang.Kemudian masukkan gula kastor dan cream of tartar.Putar sehingga menjadi kental dan kaku.
  • Tuangkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kek tadi.Kaup balik rata.
  • Seterusnya tuangkan bakinya dan kaup balik sempurna.Masukkan esen vanila dan di kacau sebati.
  • bahagikan adunan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama di letak pewarna hijau dan pes pandan(*atau mengikut warna pilihan).
  • Bahagian kedua di letak coklat emulco dan bahagian ketiga di letak pewarna oren.Gaul rata adunan dan di letak ke dalam piping bag. 
  • Sediakan loyang berukuran 10 inci dan lapikkan dengan kertas kek lalu di sapukan dengan sedikit mentega.
  • Paipkan adunan dengan satu jaluran memanjang secara berselang- seli di dalam loyang.
  • Bakar di dalam oven bersuhu 170'C selama 20 minit.Sejukkan seketika dan potong kek menjadi bentuk bulat.
  • Putarkan krim putar sehingga kental dan paipkan di atas satu lapisan kek.Tutup dengan selapis kek lagi.
  • Akhir sekali hias dengan buah ceri kecil/strawberry.   

4 ulasan:

  1. Memang nampak comel sangat... rajin Suzana mengekek!

    BalasPadam
  2. assalam Suzana
    sedapnya, comel2 ni sayang nak makan

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. tu lah buat comel-comel semuanya supaya anak-anak tertarik untuk makan.

      Padam