style="text-align: center"

Sabtu, 13 April 2013

KIWI SWISS ROLL


As-Salam buat semua..

Resepi asal kek ini adalah dari resepi Strawberry Swiss Roll tetapi semasa ingin membuatnya buah Strawberry yang cantik manis tu,..tiada yang ada hanyalah buah Kiwi sahaja di dalam peti ais.Jadi saya tukarkan fillingnya kepada buah Kiwi.Rasa buah Kiwi yang masam-masam manis seperti buah Strawberry membuatkan rasa kek ini tidak lari dari resepi asalnya.Tekstur kek ini lembut dan gebu sekali.
KIWI SWISS ROLL
Resepi asal:blog Citarasawan
Olahan:daridapursuzana

Bahan A
3 biji kuningtelur
75 gm.gula kastor
50 ml.air
40 ml.minyak jagung/minyak masak
80 gm.tepung gandum-di ayak
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kastor
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
buah kiwi secukupnya
pewarna hijau
2 sudu besar coklat rice
150 ml.whipping cream(non-diary)-putar hingga kaku

loyang 10x10"(di gris dan di alas)

Cara membuatnya
  • Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.Ketepikan.
  • Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air,minyak,esen vanila dan tepung.Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  • Kaup balikkan dengan adunan B hingga rata.
  • Ketepikan 2 sudu besar adunan (tambah warna hijau tua).Masukkan adunan hijau tua ke dalam piping bag kecil-untuk melorek bentuk hiasan.
  • Baki adunan-warnakan hijau muda dan tambah 2 sudu besar coklat rice dan gaul rata.
  • Tuangkan baki adunan ke dalam loyang dan ratakan.Paipkan corak di atasnya dengan warna hijau tua tadi dan bakar pada suhu 170'C selama 10-15 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila kek masak,keluarkan dari oven dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang besar.Keluarkan kertas alas bawahnya.Sejukkan sebentar sebelum di sapu krim.
  • Akhir sekali sapukan krim putar rata-rata dan susunkan  buah kiwi di atasnya dan kemudian gulung dengan perlahan-lahan.
  • Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan