style="text-align: center"

Jumaat, 12 April 2013

SAYUR GORENG CAMPUR

As-Salam buat semua...

Hari ini entri biasa-biasa sahaja ,makanan kesukaan saya iaitu sayuran.Ia di buat dengan penuh warna-warni ,makan pula dengan nasi putih dan ikan goreng sungguh menyelerakan.

SAYUR GORENG CAMPUR
Olahan;daridapursuzana

Bahan-bahan

6 ekor udang-buang kulit dan belah belakang
5 biji cendawan shiitake-rendam air dan potong nipis
1/2 batang karot-potong bulat
1/2 biji lada capsicum kuning,hijau dan merah
1 biji tomato-buang biji dan potong lapan
4 biji bebola ikan-potong nipis
6 tangkai  kecil bunga kubis
2 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
4 ulas bawang putih-di ketuk
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih hingga naik baunya. 
  • masukkan udang,karot,bunga kubis dan bebola ikan dan setengah cawan air.Tumiskan sebentar.
  • Tambahkan sos tiram,kiub pati ayam,cendawan shiitake dan gaul rata dan sebati.Biarkan kesemuanya hingga bahan-bahan masak.
  • Akhir sekali masukkan lada capsicum dan tomato.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat

2 ulasan:

  1. Ni special punya sayur goreng campur ni... mengancam!

    BalasPadam
  2. Special untuk Amie,kalau sedang berpantang tu makan lah sayur banyak2 ye!

    BalasPadam