style="text-align: center"

Rabu, 17 April 2013

PUDING KASTARD BUAH


As-Salam buat semua..

Resepi puding yang mudah ini saya dapat dari blog Chef Norzailina Nordin seorang penulis yang banyak menghasilkan buku-buku masakan dan novel.Beliau juga ada memberikan beberapa petua mebuat puding,antaranya ialah bila membuat puding,pastikan ia sejuk dahulu sebelum di letakkan di dalam peti sejuk.Jika tidak puding akan berair.Loyang juga perlu di basahkan dahulu sebelum menuang puding supaya senang bila hendak di keluarkan nanti.

PUDING KASTARD BUAH
Sumber:Norzailina Nordin

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula pasir(atau ikut suka manisnya)
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 tin kecil buah campuran/koktel-sejatkan

Cara membuatnya
  • Letakkan buah-buahan ke dalam loyang pilihan dan ketepikan.
  • Larutkan tepung kastard dengan sedikit air,tapiskan ke dalam periuk.Campurkan kesemua bahan lain.
  • Kacau atas api sederhana perlahan dengan menggunakan whisker hingga adunan pekat dan berkilat.
  • Angkat dan tuangkan ke atas buah dan biar sejuk sebelum di simpan di dalam peti sejuk.
*Jika tiada tepung kastard,boleh di ganti dengan tepung jagung tapi puding akan berwarna putih,tambah warna jika suka.
*Boleh guna sirap buah sebanyak 1 cawan dan campurkan dengan 2 cawan air biasa.

2 ulasan:

  1. Saya kalau makan puding kastard begini memang tak ingat dunia dah... tak tersedar boleh habis banyak, & mengenyangkan sebenarnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Amie,ia memang mengenyangkan.lagipun tidak berapa manis sangat

      Padam