Saya jumpa resepi tauhu ni semasa blog walking kat blog Ieyda lesung batu.Selepas cuba membuatnya,rasanya boleh tahan juga.Sedap juga kalau di makan dengan sos cili atau sos pencicah.
Thanks Ieyda,saya kongsikan resepinya di dapur ini pula.
TAUHU SUMBAT IKAN
Sumber:lesungbatuieyda.blogspot.com/.thanks.
Bahan-bahan
4 keping tauhu putih empat segi
3 ekor ikan kembung
sedikit bawang besar-hiris nipis
1 biji bawang merah
1 tangkai daun bawang dan daun sup-hiris halus
1 bii lada merah-buang biji dan potong halus
1/2 biji limau kasturi
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa saya guna sos ikan
Cara membuatnya
- Rebus/kukus ikan dengan asam keping dan buang tulangnya dan ambil isinya sahaja.Lenyek dengan garfu-ketepikan.
- Goreng tauhu hingga menjadi perang,angkat dan toskan minyaknya.
- Belah dua tauhu ,korek isi dalam seperti dalam gambar di atas dan tinggalkan kulitnya sebagai sarung untuk mengisi isi ikan nanti.
- Hancurkan sedikit isi tauhu(tidak perlu guna semuanya),campurkan dengan isi ikan tadi,bawang merah,bawang besar,daun sup,daun bawang dan cili merah.
- Tambahkan garam/sos ikan dan serbuk lada hitam secukup rasa.Perahkan air limau kasturi(saya guna limau nipis)dan gaul rata.
- Sumbatkan bahan yang telah disediakan ke dalam sarung tauhu tadi.Buat sehingga habis.Sedia untuk di hidangkan.
Menariknya! Tentu sedap sangat ni tauhu sumbat ikan!
BalasPadamhaa..sesuai untuk orang berpantang dan tengah diet ni!~
BalasPadam