Rabu, 24 April 2013

TRIFFLE


As-Salam buat semua...

Triffle yang dah berkali-kali saya buat dek kerana kesedapannya dan sentiasa sahaja tak sempat nak ambil gambar sebab tak sabar-sabar ingin menceduknya!.Salah satu dessert yang menjadi nombor satu di tekak saya!.Triffle mendapat namanya dari 3 lapisannya.Tapi saya tambah satu lagi lapisan krim putar di atasnya.Lagi lah sedap jadi empat lapisan kesemuanya.
Kesemua resepi yang di siarkan menggunakan bahan-bahan yang sama dan cara membuat yang lebih kurang sama sahaja.Saya menggunakan susu segar dalam resepi kali ini.Resepinya adalah dari rujukan di blog-blog dan saya olah ikut kesesuaian sendiri.























PUDING TRIFFLE
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1  gulung kek swiss roll-saya guna perisa coklat mocha
400 ml.susu segar /1 tin susu cair
1  sudu besar gula/sukatan manis sendiri
4 sudu besar tepung kastad

1 sudu besar jus pekat oren sunquick
1 sudu teh esen vanila 

1 tin buah-buahan koktel
1 tin buah laici
1 paket kristal jeli -perisa pilihan

krim putar secukupnya

Cara membuatnya:
Lapisan pertama
  • Toskan kesemua buah-buahan koktel dari sirap gulanya.
  • Ambil bekas yang sesuai dan potong kek kepada potongan sederhana nipis dan susun dalam bekas. 
  • Basahkan kek yang telah disusun dengan sedikit air daripada  buah-buahan koktel.Taburkan sedikit dari buah-buahan koktel dan laici tadi.Ketepikan.
Lapisan kedua
  • Tuangkan susu segar ke dalam periuk , tepung kastad, gula ,jus pekat oren sunquick dan esen vanila. 
  • Kacau di atas api sederhana tanpa henti hingga sedikit pekat. Kemudian tuangkan ke atas kek tadi.Selepas itu susunkan buah-buahan koktel di atas lapisan kastad tadi.Sejukkan sebentar.
Lapisan ketiga
  • Masak kristal jeli mengikut arahan yang tertera pada kotak , campurkan serbuk jeli dengan 2 cawan air (400ml).Kacau sebentar hingga larut. Biar sejuk sedikit baru dituang ke atas lapisan kastad dan koktel tadi secara perlahan-lahan .Masukkan ke dalam peti sejuk sebentar supaya jeli beku.
Lapisan keempat(atas sekali)
  • Putar krim putar sehingga kaku dan dengan menggunakan piping bag,paipkan krim putar di atas lapisan jeli dan taburkan buah-buahan selebihnya.Sejukkan semula di dalam peti sejuk.
  • Sedap di makan bila ia betul-betul sejuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan