Isnin, 1 April 2013

UDANG GORENG BERSALUT TELUR

 As-Salam buat semua..

Resepi udang goreng yang rasanya amat sedap dan istimewa sekali..

UDANG GORENG BERSALUT TELUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
12 ekor udang sederhana besar-belah belakang
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 tangkai daun kari
5 biji cili padi-potong kecil
1 sudu teh gula
3 biji telur kuning-di pukul sedikit
minyak masak utk menggoreng 
4 sudu besar marjerin planta 

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali(anggaran dalam 1 cawan setengah).
  • Gaulkan udang bersama tepung ubi dan masukkan ke dalam minyak panas tadi dan goreng hingga udang masak.Angkat dan toskan.
  • Menggunakan minyak yang sama,masukkan marjerin dan biarkan marjerin sedikit larut lalu masukkan telur kuning sambil di kacau.
  • Tambahkan daun kari dan serbuk pati ayam serta cili padi dan gula.
  • Masukkan udang yang telah di goreng tadi dan salutkan dengan adunan telur hingga rata.
  • Goreng kesemuanya hingga bercampur rata dan bolehlah di padamkan api dan toskan minyaknya.
  • Letakkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun bawang.Di hidangkan panas-panas.

4 ulasan:

  1. wowww terpegun tengok udang yang sedap ni..

    BalasPadam
  2. nanti cuba buat ye supaya tidak lagi terpegun...

    BalasPadam
  3. Sedapnya, blh cuba utk asben akak ni sb feberet dia udang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lah sara ,memang sedap nanti menambah nasi!

      Padam