Sabtu, 6 April 2013

PUDING ROTI JAGUNG


As-Salam buat semua..

Sudah beberapa hari saya tidak dapat masuk ke dapur maya ini kerana komputer sakit kepala dan terpaksa masuk wad menjalani rawatan(ayat hospital he..hee).Sudahnya.. hari ini dah siap semuanya bersekali dengan belanja rawatannya yang..alahai!.
Puding roti ini saya buat beberapa hari yang lepas tapi tak sempat untuk di masukkan di sini kerana cerita di atas tadi.Mari kita tengok resepinya

PUDING ROTI JAGUNG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
12 keping roti /secukupnya
4 biji telur
1 tin susu cair
1 tin sweet cream corn
4 sudu besar gula perang/gula biasa
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar mentega
sedikit garam
1 sudu teh esen vanila
kismis secukupnya

Cara membuatnya

  • Potong roti kepada empat keping dan ketepikan.
  • Pukul telur sedikit dan masukkan susu cair,susu pekat manis,gula perang,esen vanila dan sedikit garam.
  • Tambahkan mentega dan sweet cream corn dan gaul rata
  • Sapukan loyang/bekas tahan panas yang sesuai  dengan marjerin.
  • Ambil roti yang telah di potong tadi dan celupkan ke dalam adunan telur dan susun di dalam bekas.Pada setiap lapisan taburkan kismis rata-rata.Buat sehingga habis kesemua roti.
  • Lapisan atas sekali taburkan kismis dan biarkan selama 15 minit sebelum di bakar.
  • Jika masih ada lagi adunan telur yang masih berbaki,bolehlah di curahkan di atas roti.
  • Sementara itu panaskan oven.Bakar secara water bath pada suhu 180'C sehingga bahagian atas berwarna perang/sehinggamasak
  • Bila masak keluarkan dari oven dan sapukan bahagian atas dengan mentega supaya nampak berkilat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan