Rabu, 1 Mei 2013

BUTTERSCOTCH CAKE

 As-Salam buat semua..

Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja-pekerja yang sentiasa bertugas tak kira siang atau malam,seperti saya juga yang bertugas pada sebelah malam hari ini.Saya rasa amat bersyukur kepada Allah kerana masih di beri tenaga dan tubuh badan yang sihat untuk meneruskan tugas seterusnya.Entri saya pada pagi ini ialah Butterscotch Cake.Sekali tengok gambarnya dalam Majalah Saji terus terliur nak makan.Pantang tengok kek!....

BUTTERSCOTCH CAKE
Sumber:Majalah Saji Januari 2013
Olahan:daridapursuzana

Bahan  kek
250 gm tepung sponge mix
4 biji telur
50 ml. air
50 ml.minyak jagung/mentega cair

Bahan krim
250 gm.mentega   saya guna krimwell
1/2 cawan gula aising   saya guna 1/4 cawan
1/4 cawan susu segar
250 gm. krim putar

Bahan butterscotch
1 cawan gula kastor
1/2 cawan air panas
2 suud besar mentega
1/4 cawan krim putar

Bahan sampingan/hiasan
300 gm .kacang pecan    saya guna kacang walnut
- bakar dan hancurkan sedikit

Untuk menyediakan kek
  • Satukan semua bahan kek kecuali minyak jagung dan pukul hingga gebu.
  • Masukkan minyak jagung dan gaul sebati.Tuangkan ke dalam acuan 9 inci,masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan dan bakar dengan suhu 170 'C selama 30 minit.
Untuk menyediakan krim
  • Satukan mentega dan gula aising,pukul sehingga gebu.
  • Tuangkan susu segar dan gaul sebati.Ketepikan.
  • Kemudian pukul krim putar sehingga gebu dan satukan dengan adunan krim tadi dan kaup balik sehingga rata.
Untuk menyediakan  butterscotch
  • Gula di masak sehingga hangus dan masukkan air panas.Matikan api.
  • Biarkan ia suam,masukkan mentega dan krim putar.Gaul rata.
Untuk menyediakan hiasan kek
  • Bahagiaan kek kepada dua/tiga bahagian.
  • Sapukan bahan krim dan taburkan kacang pecan/walnut.
  • Lapiskan dengan kek dan sapu lagi dengan krim dan taburkan lagi kacang pecan/walnut dan lapiskan lagi dengan kek.
  • Lebihan krim salutkan ke seluruh kek dan sejukkan sebentar di dalam peti ais.
  • Akhir sekali tuangkan sos butterscotch ke atas kek dan taburkan kacang pecan/walnut selebihnya dan hiaskan kek mengikut kreativiti sendiri.
  • Masukkan kek kembali ke dalam peti sejuk selama dua jam dan sedia untuk di makan.

3 ulasan:

  1. salam kenal dr SCR..

    nampak sedap ja kek tu kan..lapar lak tengok..hihi..
    singgah sini..www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap tapi manis sikit.ok salam perkenalan,nanti saya singgah.

      Padam
  2. ASSALAMUALAIKUM.. akak Suzana Ibrahim nak tanya. pakai telur gred APA IA. saya mastura.

    BalasPadam