Selasa, 18 Jun 2013

AGAR-AGAR SANTAN ROS

As-Salam buat semua...
Cuaca yang panas pada waktu siang hari  sesuai untuk makan sesuatu yang sejuk-sejuk bila pulang dari kerja.Selalunya saya buat agar-agar separuh adunan sahaja kerana anak-anak tak makan agar-agar.Cukuplah untuk makan berdua sahaja.

AGAR-AGAR SANTAN ROS
Resepi: Sinar Kehidupanku /yatiememories.blogspot.com
thanks

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula
1100 ml. air
1 paket santan serbuk
170 ml.air campur dengan santan serbuk
1 biji telur-pukul dengan santan
secubit garam
1 helai daun pandan
perisa ros/sirap ros
*jumlah sukatan air boleh di olah ikut kekerasan agar-agar yang di inginkan.

Cara membuatnya
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga larut.Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api dan tuangkan campuran santan dengan telur,garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil-bintil.
  • Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan.Sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk di hidangkan.

4 ulasan:

  1. salam kak..

    em, menariknya agar-agar santan ros tu..bahan yang simple dan mudah nak buat kan..sedapnya makan sejuk2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ia menarik jugak kerana di letak dalam acuan bunga-bunga berbanding yang di potong..

      Padam
  2. Satu adunan agar-agar memang banyak hasilnya ka Suzana, kalau saya buat pun berhari2 nak menghabiskannya....
    Sedap ni makan sejuk2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la Amie,memang banyak kalau buat satu adunan kecuali ada tetamu nak datang bolehlah buat banyak sikit.

      Padam