style="text-align: center"

Ahad, 16 Jun 2013

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE

As-Salam buat semua...
Butter Cheddar Cheesecake yang sangat mudah untuk di sediakan.Rasa Cheddar cheese yang lemak-lemak masin membuatkan kek ini amat sedap sekali.Kek keju kosong gebu dan lembut  sesuai sekali di hidangkan buat anak-anak dan hidangan pada waktu minum petang.Resepinya dari si cantik manis Evelyn Gemina yang selalu saja buat kek keju tu.Minta izin dari Evelyn untuk di kongsikan di dapur saya pula.
BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE
Resepi:mybakingworkshop.blogspot.com/Evelyn Gemina.thanks



Bahan A
250 gm mentega
230 gm gula kastor   saya guna 200 gm

Bahan B
4 biji telur

Bahan C
80 gm cheddar cheese-di parut

Bahan D
100 ml susu segar
280 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
*kedua-dua bahan ini di ayak bersama 

Cara membuatnya

  • Pukul bahan-bahan A hingga lembut dan berkrim. 
  • Masukkan bahan B satu persatu, pukul hingga sebati dan lembut.
  • Kemudian, masukkan bahan C, gaul rata.
  • Masukkan pula, bahan-bahan D. Pukul hingga sebati. 
  • Tuang adunan dalam loyang segiempat / loaf pan yang telah digris dan dialaskan dengan kertas minyak.Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya baru dipotong.

6 ulasan:

  1. salam kak..

    sedapnya kek tu..saya penah buat kek ni dulu..memang sangat sedap rasanya..

    BalasPadam
  2. tepat sekali akan kata-kata mu itu wahai kawanku..hee hee

    BalasPadam
  3. Saya pun nak cuba resepi kek dari blog Evelyn, resepinya nampak sedap2 belaka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba buat sekali memang best seperti kita tengok gambarnya..

      Padam
  4. Asssalam suzana
    mesti sedap lemak2 cheese tu kan
    cp resepi ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la mama sara,rasanya lemak2 gitu..

      Padam