Sabtu, 15 Jun 2013

GULAI LEMAK IKAN KERING

 As-Salam buat semua...
Entri ini sepatutnya di buat semalam tapi tak sempat mengadap komputer kerana saya membawa anak-anak mandi kat La Hot Spring dalam daerah Jerteh, Trengganu.Komen Azim,mama kulit saya dah jadi putih dan licin lepas mandi kat kolam air panas!walhal saya tengok macam tu juga kulitnya....kesian azim teringin nak berkulit cerah macam abang dan kakaknya!.
Ok .. sambung cerita Gulai ikan kering.Kat sini ia selalu di buat untuk nasi berlauk pada waktu pagi.Saya menambahkan ikan segar di dalam gulai ikan kering ini.

GULAI LEMAK IKAN KERING 
Olahan:daridapursuzana


Bahan-bahan 
  • beberapa keping ikan talang kering
  • 2 ekor ikan kembung- apa-apa jenis ikan pun tak apa
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji timun
  • 3 biji lada hijau 
  • 1cm lengkuas 
  • 1 cm kunyit hidup
  • santan secukupnya
  • sedikit garam dan gula/perasa- jika perlu
 Cara membuatnya

  • Bersihkan ikan segar dan ikan kering.Ketepikan.
  • Kisar lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga halus
  • Masukkan santan ke dalam periuk,tambahkan bahan kisar, cili kering kisar dan asam gelugor.Masak sehingga santan mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan.Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
  • Masukkan pula timun yang di belah dua dan di potong menyerong serta lada hijau(tidak perlu di belah)
  • Masakkan sekejap lagi dan sesuaikan rasanya .Padamkan api dan bolehlah di hidangkan.

2 ulasan: