Khamis, 18 Julai 2013

ASAM PEDAS KEPALA IKAN

 As-Salam buat semua...
Masak asam pedas pula kali ini.Di dalam resepi ini saya menggunakan hanya kepala ikan sahaja.Kepala ikan yang di gunakan ialah Ikan Gerut.Ikan ini bersaiz lebar serta besar dan mempunyai isi yang banyak.Tambah pula di letakkan daun kesum,lagi membangkitkan aromanya.Nama resepi asalnya Asam pedas Ikan mayong

ASAM PEDAS KEPALA IKAN
Resepi asal:www.tiffinbiru.com/CMG.thanks

Bahan-bahan
2 kepingan kepala ikan -belah dua
Sawi jeruk secukupnya- tak letak
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
minyak utk menumis

Bahan kisar halus
5 biji bawang merah, hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih- hiris
3 biji buah keras- hiris
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
10 biji halba
2 keping hirisan lengkuas

Cara membuatnya
  • Ikan diperap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit,kemudian cuci bersih dan toskan.Sawi jeruk dicuci, kemudian potong kecil dan rendam.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk/kisar halus hingga harum.Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak.Guna api sederhana dan kacau selalu.
  • Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan),biar mendidih.
  • Tambah sawi jeruk (tos dan perah) dan ikan.Kacau perlahan dan biar mendidih.Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.Kalau kurang kuah, tambah sedikit lagi air.
  • Masak sekejap, rasa dan jika menepati selera boleh matikan api. Hidangkan.

2 ulasan: