As-Salam buat semua...
Di bulan puasa ini kalau sekali-sekala buat Rojak buah sedap juga di makan selepas berbuka.Buah-buahan yang ada dalam peti sejuk lambat pula habis jika tidak di buat jus ataupun Rojak buah.Kalau buat macam ni cepat pula habisnya!.
ROJAK BUAH
Resepi:Dear nestle-Good food,Good life.
Bahan A
1 1/2 sudu besar pes cili
1/4 air asam jawa cair
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram Maggi
1 sudu besar sos Hoisin
1/2 sudu teh serbuk belacan Maggi
1/2 sudu teh kicap pekat Maggi
50 gm. kacang yang di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
1 sudu besar bijan di goreng tanpa minyak
Bahan B
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji jambu batu-buang biji
1 biji sengkuang kecil
1/2 biji betik muda
1 biji mangga
Cara membuatnya
- Semua buah-buahan di potong baji.
- Masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak dengan api kecil sehingga gula larut dan sos menjadi pekat sedikit.
- Gaulkan kacang tumbuk dan bijan ke dalamnya.
- Padamkan api dan biar sos menjadi sejuk.
- Apabila menghidang,siram sos ke atas bahan B (buahan) dan gaul rata.
- Hidangkan dengan serta- merta.
kecurrrr di pagi hari...
BalasPadamtengah berpuasa semuanya rasa kecurr...he..he
PadamHaisy! menggoda...
BalasPadamhaa..terliur la tu!..
Padam