Jumaat, 12 Julai 2013

NASI MANDHI


 As-Salam buat semua...
Saya cuba buat Nasi Mandhi ini setelah terasa sedapnya nasi ini pada pertama kalinya makan di restoren makanan arab.Walaupun tidak sesedap seperti yang di makan di restoren itu tapi saya berpuas hati akhirnya saya dapat makan Nasi Mandhi yang di buat sendiri.Ia di makan bersama Ayam bakar mandhi,sos pencicah ayam dan ulaman pilihan.Saya hidangkan nasi Mandhi ini bersama salsa tomato dan timun.Pada kali pertama membuatnya, nasi lembik sedikit kerana terlebih sukatan air sudah....

NASI MANDHI
Resepi:Blog resepiraidah.Tq!

Bahan-bahan
4 cawan beras Basmathi
3 sudu besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya-tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar-hiris halus
3 ulas bawang putih -hiris halus
1 inci halis-hiris halus
1/3 cawan kismis

Rempah tumis-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis,bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  • Masukkan kismis,goreng sebentar dan masukkan air dan biarkan mendididih.
  • Bila mendidih,padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.Masukkan beras dan garam secukup rasa,kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering,buat lubang di tengah nasi dan letakkan aluminium foil.Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah di bakar.
  • Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  • Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  • Titiskan 2-3 titik pewarna kuning,kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
 AYAM BAKAR NASI MANDHI
Resepi.blog resepiraidah

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa   kalau tiada ganti dengan rempah campuran/serbuk kari
2 biji bawang besar-hiris bulat
2 biji lemon -hiris bulat
sedikit pewarna kuning/saffron
garam secukup rasa
aluminium foil

Cara membuatnya
  • Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah,garam dan pewarna kuning.perapkan dalam 15 minit.
  • Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dengan aluminium foil.Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon di atas foil tadi.
  • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut.Tutup ayam dengan aluminium foil dan bakar pada suhu 250'C selama 1 jam.Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air.Selepas 45/ 50 minit, buka foil dan keluarkan air di dalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, boleh di campurkan dengan saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Sos
1 biji tomato - hiris
5 biji cili besar hijau/merah(nak pedas tambah lagi) - hiris
1 tangkai batang ketumbar - dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon
Cara membuatnya
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

 SALSA TOMATO DAN TIMUN
Resepi:Gee-hut.blogspot.Tq!

Bahan-bahan
1/2 batang timun-potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
1/2 labu bawang besar -hiris nipis
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
air perahan lemon/limau kasturi
garam dan gula secukupnya
1 tangkai daun pudina   tak letak
1/2 Sudu teh serbuk lada hitam  saya tambah
 
Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Rasa masam dan manisnya.Jika suka pedas boleh tambahkan sedikit serbuk lada hitam.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit supaya rasanya lebih sebati.

2 ulasan:

  1. Nasi mandhi memang sedap sangat! Pertama kali buat dulu saya dah bercadang nak buat lagi, akhirnya buat juga untuk kenduri dan syukurlah tetamu suka makan, saya buat dua lauk... ayam & kambing. Biasanya saya kukus nasi, sebab takut lembik atau keras.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga idea Amie tu,barulah nampak elok butir berasnya kalau di kukus.

      Padam