Khamis, 25 Julai 2013

NASI LEMAK TUMIS


 As-Salam buat semua..
Hidangan berbuka puasa seterusnya ialah Nasi lemak tumis yang resepinya dari blog Cik Manggis yang saya jumpa kat dapur Amie.Pinjam resepi kejap ye!.Selalu benar buat Nasi lemak,tapi tak pernah cuba buat pula versi tumis ni.Kena dengan selera Azim yang amat suka dengan nasi lemak,sampai bertambah dua kali.Bulan puasa ni nampak badannya makin tembam pula!

NASI LEMAK TUMIS
Sumber:Jom masak,Jom makan-Cik Manggis

Bahan-bahan:
3 cawan beras Basmathi
3 3/4 cawan air
1/3 cawan santan-jika suka lebih lemak,boleh tambahkan santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit-jika inginkan nasi berwarna kuning
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh biji halba
2 helai daun pandan
1 batang serai-di ketuk
minyak jagung untuk menumis    saya guna minyak Canola

Cara membuatnya
  • Bawang merah,bawang putih di mayang halus .
  • Beras di cuci bersih dan direndam selama 20 minit.Kemudian toskan.
  • Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang yang di mayang hingga wangi.Kemudian masukkan halba.
  • Masukkan beras dan gaul hinga rata baru masukkan air,santan,garam,daun pandan,serbuk kunyit(jika suka) dan serai.
  • Tanak nasi hingga masak.
**Nasi lemak tumis ini di hidangkan bersama sambal tumis,ikan bilis goreng,sambal udang, telur rebus,ayam goreng,ikan bilis goreng ,timun dan daun salad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan