Sabtu, 13 Julai 2013

NESTUM FLOAT

 As-Salam buat semua...
Minuman yang mengenyangkan untuk berbuka puasa.Sedapnya bila di minum sejuk-sejuk.Awal-awal pagi lagi saya  dah sediakan air ni,kemudian letak dalam peti sejuk,time berbuka tu dah rasa sejuknya.Resepinya adalah dari En.Amrol Hisham daripada Restoran Permata Senibong ,Johor yang tersiar di dalam Majalah Rasa edisi Ramadhan.

NESTUM FLOAT
Dicuba oleh:suzanazamri.blogspot

Bahan-bahan
3 sudu makan nestum
100 ml.air
2 sudu makan air gula
2 sudu makan susu pekat
1 skop ais krim coklat
sedikit ketulan ais

Cara membuatnya
  • Satukan air bersama nestum dan air gula dan kacau hingga sebati.
  • Tuangkan susu pekat dan kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam gelas bersama ketulan ais.
  • Akhir sekali,skopkan ais krim ke atasnya dan sedia untuk di minum.

7 ulasan:

  1. assalamualaikum kak..

    wah, walaupun simple tapi menarik la nestum float ni..em, sedapnya bila dapat hirup ketika berbuka..

    BalasPadam
  2. ermmmm..nampak sedapppp...
    nak cuba la...ada nestum kat umah :-)

    BalasPadam