Ahad, 14 Julai 2013

MURTABAK MINI KULIT POPIA


As-Salam buat semua..
Hari ini saya akan kembali bertugas semula setelah menghabiskan cuti selama enam hari di rumah.Banyak juga kerja-kerja rumah yang dah settle kalau bercuti tu.Dari hari pertama puasa hingga petang semalam,main masak-masak la setiap petang.Salah satunya saya buat Murtabak mini kulit popia.Jumpa resepi yang mudah ni kat dapur Izah Daut.My bodyguard tanya,murtabak beli kat mana?..hee..he dia tak percaya murtabak ni saya yang buat!...

MURTABAK MINI KULIT POPIA
Resepi :Minami 133@My Resepi
Sumber:Izah Daut

Bahan-bahan
100 gm.daging cincang
2 biji ubi kentang
1 1/2 sudu besar rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji telur
garam secukup rasa
gula    saya tambah
kulit popia secukupnya
daun sup
minyak  

Cara membuatnya
Inti murtabak
  • Potong dadu bawang besar dan cincang halus bawang putih.Kemudian tumiskan hingga naik baunya.
  • Masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan air.Goreng sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging cincang dan kentang yang telah di potong dadu dan sedikit air.
  • Bila semua bahan hampir masak,masukkan garam dan gula secukup rasa ataupun serbuk perasa jika suka.
  • Jika terlalu kering,tambahkan sedikit air.Akhir sekali masukkan daun sup.Bila semua rasa sudah sesuai,bolehlah di angkat.
  • Pukul telur didalam mangkuk,masukkan inti murtabak ke dalam telur.Kacau sehingga bergaul sebati.
Cara membungkus murtabak
  • ambil sehelai kulit popia dan letakkan intinya di tengah-tengah. Lipat tepi kiri dan kanan kemudian lipat lagi atas dan bawah membentuk empat segi kecil.Saya gamkan hujungkan dengan bancuhan tepung gandum dan air.Buatlah sehingga inti habis.
  • Dengan menggunakan sedikit minyak,goreng murtabak sehingga garing di kedua-dua belah dengan api yang perlahan.
  • Bolehlah di hidangkan dengan kuah pencicahnya iaitu cuka bawang.



CUKA BAWANG
Resepi:Noorsha

Bahan-bahan

1 biji bawang besar-hiris nipis
1/6 cawan cuka/secukupnya
1/2 cawan air panas
sedikit garam dan gula
sedikit pewarna merah

Cara membuatnya
Campurkan semua bahan di atas dalam satu mangkuk dan kacau rata.Biar mesra semua rasa lebih kurang 15 minit sebelum di hidangkan dengan murtabak.

3 ulasan:

  1. puas ati dpt buat sendiri kan
    teringat thn lepas beli murtabak kat bazar
    bila nk mkn, basi
    sejak tu, serik nk beli makanan dr bazar...
    buat je sendiri wpun simple2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la,selalu juga kena macam tu,kadang2 membuatkan saya serik juga.

      Padam
  2. feveret ni..nanti leh try...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    BalasPadam